Minyak Kastor

Minyak kastor dihasilkan melaui proses pengekstrakan sepenuhnya daripada buah kacang pokok dari jenis Ricinus Communis. Minyak kastor dikategorikan sebagai minyak sayuran. Pokok ini tumbuh dengan banyaknya di beberapa buah negara seperti India, China dan Brazil. India merupakan pengeksport minyak kastor terbesar di dunia dengan gred minyak yang terbaik. Ini adalah kerana penggunaan minyak ini telah menjadi amalan harian dari generasi ke generasi masyarakat di negara-negara tersebut selama ribuan tahun.
Bukti-bukti sejarah menunjukkan penemuan biji-biji kastor di dalam binaan-binaan bangunan kerajaan lama Mesir yang menggunakan minyak kastor sebagai minyak sapuan badan. Di India, minyak ini digunakan sebagai ubatan tempatan yang telah direkodkan sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Masyarakat di China pula menggunakan minyak kastor sebagai ubatan tempatan khususnya untuk kegunaan dalaman dan sapuan untuk merawat kecederaan.
Minyak castor asli PureMate dari India ini diformulasi dengan menggunakan 100% bahan-bahan semulajadi dan sesuai untuk kegunaan luaran. Ia juga diperkayakan dengan vitamin E dan boleh digunakan sebagai pelembap kulit untuk kegunaan harian. Selain itu, kegunaan lain minyak castor adalah seperti berikut:-
- mencerahkan mata (disapu di luar kelopak mata)
- membantu perawatan kulit seperti kegatalan ringan
- memudarkan parut luka atau 'stretch mark'
- melembapkan kulit badan yang kering
- melembapkan kulit kepala untuk mengurangkan kelemumur
- meningkatkan pertumbuhan rambut menjadi lebih tebal, sihat, lembut dan bersinar
- bertindak sebagai 'make-up remover' semulajadi
- memanjangkan bulu dan alis mata
Minyak castor adalah pilihan terbaik untuk kegunaan luaran harian anda dan sesai untuk semua jenis kulit.